Monday, December 21, 2009

Allah SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya. Kita diminta untuk merebut peluang 2 tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau lalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian, kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-Termizi dan Muslim, dari Amru bin Maimun r.a. bahawa suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

“rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum waktu sempit, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian,”

Peringatan itu diberi oleh rasulullah SAW dengan suatu tawaran berfaedah, agar tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma. Ibarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal, sedangkan orang berniaga mendapatkan keuntungan mesti melalui modal.

Justeru kesempatan yang datang secara percuma itu, dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia, kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah SWT hidup dengan umur yang panjang, pasti dia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jgn biar berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak diperguna menurut selayaknya, pastinya akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

Masa tua segala-galanya, tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan telah melingkungi dirinya.

Dalam situasi sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat beharga, oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat beerti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah SWT itu, akan ditanya semula dihari perhitungan kelak, kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh penganugerahnya, gerangan apakah usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah SWT telah mengingatkan hambanya dalam firmannya:

ôs)s9 $uZø)n=y{ z`»|¡SM}$# þÎû Ç`|¡ômr& 5OƒÈqø)s? ÇÍÈ ¢OèO çm»tR÷ŠyŠu Ÿ@xÿór& tû,Î#Ïÿ»y ÇÎÈ žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# óOßgn=sù íô_r& çŽöxî 5bqãYøÿxE ÇÏÈ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).(4) Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah,(5) Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus.(6) (Surah At-Tin)

Rujukan:

Nik Aziz b Nik Mat.1994. Tazkiyah Jiwa dan Nafsu: Dewan Muslimat Sdn Bhd

2:14 PM Unknown

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....