Wednesday, July 14, 2010

KISAH IBRAHIM BIN ADLAM

Menurut riwayat Syaqiq Al-Balkhy:

Ketika Ibrahim bin Adlam berjalan di pasar Basrah, dia dikerumuni oleh orang-orang dan mereka bertanya kepadanya: ‘Hai Abu Ishaq, Allah ta’ala telah berfirman yang bermaksud (Mintalah kamu sekalian kepadaku nescaya akan aku kabulkan) dan kami sekalian sejak satu tahun telah berdoa meminta dan sampai sekarang masih belum dikabulkan.

Berkata Ibrahim bin Adlam/Abu Ishaq: Hai ahli Basrah, hati kamu sekalian telah tertutup oleh sepuluh perkara, bagaimana doa kamu akan dikabulkan? Ianya adalah disebabkan:

  1. Kamu sekalian telah mengetahui Allah, akan tetapi kamu belum menunaikan haknya.

  1. Kamu sekalian telah membaca Al-Quran, akan tetapi kamu belum melaksanakan isinya.

  1. Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui ajakannya

  1. Kamu sekalian mengatakan bahawa kamu termasuk dalam kalangan umat Muhammad SAW, akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnah2nya.

  1. Kamu mendakwa diri kamu akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa2 untuk kepentingan syurga.

  1. kamu mendakwakan diri selamat dari neraka, akan tetapi nyatanya akan tetapi kamu melemparkan diri kamu ke dalamnya.

  1. Kamu telah mengatakan bahawa mati itu perkara yang benar/pasti, akan tetapi kamu tidak bersiap2 untuk mati

  1. Kamu sekalian sibuk meneliti aib atau cela teman2 mu, akan tetapi kamu tidak melihat aib sendiri.

  1. Kamu sekalian telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu, akan tetapi kamu belum mahu bersyukur/ berterima kasih kepadanya.

10.Kamu sekalian telah mengubur mayat2 di antara kamu, akan tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Mohd Hassan.2000.Bagaimana Mengenal Allah:Percetakan Almuarif SDN BHD

Kesepuluh perkara yang disebutkan tadi sememangnya banyak terkena kepada diri kita sebagai manusia, masing-masing leka dengan nikmat dunia hingga lupakan matlamat sebenar Allah ciptakan kita di dunia ini. Kita semua tahu Allah sebagai tuhan, akan tetapi kita tidak menunaikan haknya sebagai pencipta. Di dunia ini apabila ingin berjumpa pemimpin pelbagai persiapan yang dibuat dengan bersungguh-sungguh. Namun dengan pencipta hanya sambil lewa. Segala hokum hakam yang terkandung di dalam Al-Quran itu adalah hak Allah dan manusia tidak layak untuk mengubahnya, tambahan lagi Al-Quran diturunkan Allah untuk Umat Muhammad dan ianya sesuai sepanjang zaman. Bukanlah hanya untuk zaman Semasa hayat nabi sahaja. Tapi kini Manusia mula membuat hokum hakamnya sendiri tanpa berpandukan Al-Quran dan Hadith, Tidak Malukah kalian dengan Allah?

Bagi yang tidak tinggal membaca Al-Quran pada setiap hari, Alhamdulillah, tetapi adakah kita mengahayati isi kandungannya? Adakah memahami maksud-maksud yang tersirat di sebalik ayat-ayat Allah itu? Dan adakah perlaksanaan dibuat berdasarkan ayat yang Allah turunkan? Manusia leka dengan semua ini, bagi mereka memadai dengan membaca Al-Quran daripada tidak membacanya. Sampai bila ianya harus berterusan begitu.. bukankah hari ini mesti lebih baik dari semalam? Renungkan bersama. Islam adalah cara hidup, cara hidup kita perlu berlandaskannya. Islam itu syumul dan merangkumi keseluruhnya.

Semua manusia tahu bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata akan tetapi masih mengikut caranya. Firman Allah yang melarang umatnya supaya tidak menyembah syaitan:

* óOs9r& ôygôãr& öNä3ös9Î) ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä cr& žw (#rßç7÷ès? z`»sÜø¤±9$# ( ¼çm¯RÎ) ö/ä3s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇÏÉÈ

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!

Permusuhan Syaitan dalam bentuk yang berbeza-beza mengikut tahap keimanannya. Antara contoh godaan syaitan yang manusia seringkali terpedaya ialah:

1. Bagi orang yang rajin beribadah, syaitan menipunya dengan suruhan beribadah sahaja sehingga dia melalaikan tugas di pejabat.

2. Bagi orang yang rajin di pejabat, syaitan menipunya dengan suruhan kerja sahaja sehingga dia melalaikan agamanya. Bentuk pertama dan kedua ini amat ketara berlaku pada masa kini sehingga sukar hendak ditemui seorang yang profesional dari sudut kerjaya dan agama.

3. Bagi orang yang berpendidikan tinggi, syaitan menakut-nakutkan mereka agar tidak mendalami ilmu-ilmu agama. Ini juga amat lazim berlaku sekarang ini dimana ramai umat Islam yang telah mencapai tahap pendidikan yang amat tinggi tetapi dalam bab agama ilmu mereka masih sekadar apa yang dipelajari di bangku sekolah. Dalam kerjaya, mereka berpegang teguh kepada disiplin dalil dan hujah (proof and argument) akan tetapi disiplin yang sama tidak mereka terapkan dalam agama.

4. Bagi orang yang berpendidikan rendah, syaitan membangkitkan teori-teori kosong kepada mereka agar kelihatan bijak. Maka lahirlah dari mereka pelbagai “petua ini dan amalan itu” yang tidak berasal dari Allah dan Rasul-Nya, tetapi berasal dari syaitan dan kuncu-kuncunya. Semua petua dan amalan tersebut diikuti secara membuta oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi kerana syaitan telah menakutkan mereka daripada mengkaji dalil dan mencari hujah.

5. Bagi orang yang memiliki semangat tinggi memperjuangkan Islam, syaitan memberi janji kosong kepada mereka bahawa dengan melakukan sekian-sekian cara dan manhaj, perjuangan mereka akan memperoleh kejayaan. Padahal sama-sama diketahui bahawa tidak ada kejayaan dalam perjuangan melainkan dengan mengikuti cara dan manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

6. Bagi orang yang memiliki pemikiran yang cemerlang, syaitan menghiasi mereka dengan teori-teori yang canggih. Orang-orang seperti ini banyak kita temui sekarang ini dimana mereka bercakap dengan nada Islam tetapi dengan isi kandungan yang menafikan ketuhanan (ateis), kemusyrikan dan kekufuran.

7. Bagi orang yang memiliki pemikiran yang sederhana, syaitan menakut-nakutkan mereka agar tidak berganjak dari pandangan agama yang dipegang sejak turun temurun. Maka sumber agama berubah dari al-Qur’an dan al-Sunnah kepada yang lazim dan tradisi. Apabila ditegur atau dipaparkan sesuatu yang baru, mereka menolak dengan alasan-alasan yang tidak ilmiah.

Demikian sekadar tujuh bentuk permusuhan yang dilakukan oleh syaitan kepada kita. Bentuk-bentuk permusuhan syaitan sukar untuk dihitung. Ia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai empat objektifnya yang utama, iaitu:

1. Menyesatkan manusia.

2. Mengkafirkan manusia.

3. Memusyrikkan manusia.

4. Menjadikan manusia penghuni neraka.

(http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Tipudaya/pembuka.htm)

Manusia juga sering mengabaikan Sunnah nabi Muhammad, bagi yang lelaki Sunnah yang mereka lihat hanyalah tentang poligami, sedangkan banyak lagi Sunnah nabi yang lain bermula dari bangun tidur hinggalah untuk tidur semula, sebagai contoh apabila bangun dari tidur. Mengusap wajah dengan tangannya – membaca doa bangun tidur – menggosok gigi – memasukkan air ke dalam hidung – mencuci kedua tangan sebanyak 3 kali. Perkara ini sangat senang dilakukan. Tetapi adakah kita mengikutinya? Atau bangun dari tidurh hanya untuk solat subuh dan terus tidur kembali.

Justeru sebagai Umat Muhammad kita mestilah sedar akan kesepuluh perkara yang menyebabkan doa kita ditolak. Ianya bukanlah kerana Allah tidak Kasih akan hambanya, tetapi hambanya sendiri yang alpa dan leka dengan kenikmatan dunia hingga merasa diri boleh melakukan apa sahaja dengan adanya duit yang banyak. Namun ramai yang memiliki duit yang banyak tetapi tidak memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Tanya kembali kepada diri sendiri apa yang menyebabkan mereka tidak bahagia.

Ingatlah doa yang dimakbulkan bermakna Allah sayangkan hambanya dan jika doa itu tidak dimakbulkan juga bermaksud Allah sayangkan kita. Sekian

6:20 PM Unknown

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....