Monday, April 28, 2014

Posted by jinson on 8:56 PM
belajarlah untuk menghargai insan yang masih lagi ada di sampingmu.. jangan sampai ia sudah berlalu pergi baru kita sedar akan hakikat bahawa dialah sebenarnya insan yang kita sayangi..

manusia jarang bersyukur dengan apa yang ada di hadapannya.. bila hati insan tersebut telah terluka dan melangkah pergi... mengapa saat itu kita menghalang dia untuk pergi.. sedangkan saat dia masih lagi bersama kita.. kita sering menyakitinya dengan pelbagai perkara... adakah kita menghalangnya pergi kerana ingin menyakitinya lagi??? menghargai insan setelah kita melukakan hatinya tidak sama seperti kita menghargainya saat hatinya benar2 sayangkan kita...  ianya ibarat kaca yang sudah retak ingin di kembalikan semula seperti asal.. pasti mustahil.. kerana keretakan itu pasti kelihatan... 

walau insan tersebut memberikan peluang kedua untuk dihargai... namun lukanya pasti masih ada dek kenangan bersama.. kerana dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. dia bukan insan yang hilang ingatan untuk melupakan luka di hati semudahnya... 

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
andai kita dapat kasih sayang dan pengorbanan yang ikhlas.. hargailah sebaiknya... kerana yang rugi adalah anda yang tidak tahu menghargai... mungkin kita xakan dapat lagi insan seperti ini dalam kehidupan kita... setiap perbuatan kita pada seseorang pasti akan dibalas.. janji Allah itu pasti... jauhkanlah diri dari memberi harapan andai tidak mampu menjadi orang disebalik senyumannya..

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....