Tuesday, October 27, 2009

Posted by jinson on 8:39 AM
janganlah engkau wahai murabbi memarahi sesuatu yang engkau tidak setuju di dalam melaksanakan tugasmu tanpa membuat kajian.iaitu dengan bertindak melulu
janganlah mudah marah kerana syaitan
mudah merosakkan manusia yang hilang pertimbangan dengan marah

mestilah berhati-hati dalam semua keadaan dan sanggup menerapkan apa jua perasaan yang kita ingini ke dalam hati orang lain. murabbi mestilah ada suatu kekuatan di dalam
hati untuk mengawal emosi yang datang

emosi kita mestilah dikawal dan di susun rapi supaya dapat dirasai
oleh orang lain, iaitu melalui GAYA BAHASA dan RAUT WAJAH yang kita ukirkan di muka. muka dan suara kita adalah melambangkan hati. oleh itu dengan gaya yang berbeza-beza pada waktu yang berbeza.

tekanan suara yang mendalam dari dada adalah digunakan untuk menyatakan keyakinan.
tekanan suara rendah dan garau digunakan ketika memberi nasihat dan teguran, manakala tekanan suara yang tinggi dan lantang digunakan ketika membuat sanggahan dan tentangan

suara yang mendayu adalah untuk berdoa, suara yang padat dan tegas adalah untuk kata putus
sebenarnya suara memainkan peranan penting untuk setiap orang menyatakan getaran hatinya. akan tetapi jika kita dapat mengawal suara maka getaran hati kita mungkin tidak akan dapat dibaca oleh orang lain.

demikian juga dengan wajah.
wajah kita boleh diwarnai dengan pelbagai, kadang2 serius,
senyum manis,hebat,belas kasihan,duka,simpati dan kadang2 marah.
keadaan ini juga boleh menimbulkan kesan yang berbeza-beza di dalam hati seseorang.

mimik muka dan getaran suara ada kaitannya dengan hati yang dikawal melalui niat. oleh itu niat hendaklah di perhatikan oleh akal fikiran. akal yang mengatur niat di dalam hati dan akal pula berfungsi dengan sebab tekanan ilmu.

niat itu menekan ke hati,hati menekan ke iradah dan iradah menekan kudrat di dalam diri
kudrat menggerakkan kulit wajah dan getaran suara.
maka jadilah ia sebagai yang diniat di dalam hati.

kesimpulannya ilmu dan niat sangat penting dalam membentuk gerakan mimik muka dan getaran suara yang sesuai dengan setiap penyampaikan tajuk yang disampaikan.
sje je tulis pasal ni...ak kn bik dakwah..kalo kwn2 dakwah bce...leh la praktis2 utk berdakwah pas ni..insyaallah...mimik muka n nada suara ni mmg penting untuk capai keberkesanan.

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....