Wednesday, December 28, 2011

Posted by jinson on 5:07 AM

Dari sudut pandangan islam, konflik wujud apabila seseorang itu tidak beriman dan tidak mengamalkan ajaran yang telah ditetapkan dengan sempurna. Kekuatan iman akan berkurang apabila tidak diikuti dengan amalan yang disuruh dan dilarang dalam islam.

Menurut Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, apabila seorang yang mengaku sudah menerima islam sebagai cara hidupnya tetapi masih tidak beriman dan beramal maka ianya akan menimbulkan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan di hati serta fikirannya. Ianya akan membuatkan diri seseorang itu sentiasa keluh kesah dan tidak bersyukur ke atas apa yang didapatinya.

Konflik juga akan timbul apabila seseorang itu tidak berusaha untuk menjaga dirinya dari segi kawalan nafsu, pemikiran dan hatinya. Semakin jauh seorang penganut islam dari agamanya, semakin akan bertambah konflik individu tersebut, konflik akan timbul apabila seseorang penganut islam itu melakukan banyak maksiat zahir dan batin.

Maksiat batin dapat di bahagikan kepada 7 bahagian:

1. Maksiat PERUT: seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram, seperti meminum arak dan makan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

2. Maksiat MATA: seseorang yang suka melihat kepada perkara-perkara lucah dan haram

3. Maksiat LIDAH: bercakap perkara2 yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah

4. Maksiat FARAJ: melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak d benarkan.

5. Maksiat TANGAN: mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang di amanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6. Maksiat KAKI: mengunjungi tempat2 maksiat seperti kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

7. Maksiat TELINGA: mendengar perkara2 yang tidak elok seperti mendengar orang yang sedang mengumpat, memfitrah dan memburuk2an orang lain.

Maksiat zahir pulak dapat dibahagikan seperti berikut:

1. Banyak bercakap

2. Suka marah-marah

3. Berhasad dengki

4. Bakhil

5. Suka bermegah-megah

6. Sombong dan takbur dengan diri sendiri

7. Cintakan dunia

8. Suka memfitnah

9. Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna

10. Riak, iaitu perbuatan pujian dan sanjungan dari orang lain.

Apabila seseorang penganut islam itu melakukan maksiat2 yang telah dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik2 dosa dalam dirinya yang akan menjadikan dirinya mengalami banyak konflik.

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....