kerana aku seorang wanita aku ingin dihormati selayaknya aku ingin dihargai sebaiknya aku ingin disayangi selembutnya aku ingin dikasihi seadanya
kerana aku seorang wanita aku punya harga diri walaupun aku lemah aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa aku punya perasaan walaupun sering terluka aku punya kesabaran walaupun aku tercalar aku punya kasih walaupun sering melara jiwa
kerana aku seorang wanita aku sering diperlekehkan aku sering disakiti aku sering dilukai aku sering dilupakan aku sering diabaikan tapi satu perkara adam sering dilupakan kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak kerana wanitalah indahnya kehidupan kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah kerana aku seorang wanita aku dianugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran aku dianugerahkan dengan kesabaran walaupun dihimpit kehidupan aku dianugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering dikhianati hanya... kerana aku seorang wanita... inginkan kejujuran bukan kepalsuan inginkan kebahagian bukannya penderitaan ingin dihormati bukan dikasari ingin di sayangi bukan dilukai..