Monday, August 23, 2010

Posted by jinson on 8:03 PM

Apakah perasaan anda apabila membaca tajuk ini?? Adakah anda teruja untuk meneruskan pembacaan kerana gentar atau gembira?? Saya sendiri takut dengan tajuk yang saya tulis ini.. sebagai seorang islam adakah benar neraka itu ada keindahannya?

Saya cuba menjadikan tajuk neraka itu indah bukanlah bermaksud neraka itu penuh dengan keindahan.. sedangkan kita sendiri tahu bahawa segala keindahan adalah di syurga, manakala segala azab dan kepedihan adalah di dalam neraka.. bagaimana pula saya boleh membuat pernyataan sebegini.. saya berani menyataknnya kerana apa yang dilihat dalam era dunia tanpa sempadan ini, manusia kian lupa aka nasal usul, lupa akan matlamat sebenar ciptaannya di muka bumi, hingga tiap amalan yang dilakukan menjerumus kea rah dosa. Dan kebanyakan orang- orang yang melakukan dosa ini adalah golongan yg sudah sedia maklum akan syariat yg Allah tetapkan.. mereka tidak mengendahkan nasihat para alim ulama’ malah menentang dengan member alasan kubur masing2, jgn jaga tepi kain orang.. perbuatan mereka yang menolak apa yang telah islam gariskan.. lebih2 lagi hukum hakam yang sudah sedia termaktub dan diwahyukan seolah2 mereka berasa azab untuk melakukan kebaikan yang menuju ke syurga Allah dan merasa kenikmatan untuk merasai azab neraka daripada Allah..

Jika benar beranggapan bahawa neraka adalah tempat penyaksian bagi golongan hamba Allah yang angkuh di muka bumi, sepanjang hayatnya tidak mengamalkan ajaran islam.. tidak menjadikan islam sebagai cara hidup.. mempersendakan agama.. mengapa masih terjadi pelbagai kemaksiatan?? Dosa- dosa besar sentiasa kelihatan di merata tempat.. wanita tidak menjaga kehormatannya, ibadah tak terjaga, maksiat berleluasa, kelahiran ank luar nikah makin meningkat,anak2 dah xhormat mak ayah, rasuah, judi, arak di mana2..jenayah rogol dan pembunuhan sudah menjadi lauk harian di dada2 akhbar.. bukankah ini menunjukkan manusia seperti berlumba untuk masuk ke neraka, dan apabila manusia berlumba untuk melakukan sesuatu pastilah ianya menjanjikan sesuatu yang indah.. manusia kini sering berbuat kejahatan sehingga ramai umat islam yang mensyirikkan Allah. Firman Allah:

¨bÎ) ©!$# Ÿw ãÏÿøótƒ br& x8uŽô³ç ¾ÏmÎ/ ãÏÿøótƒur $tB tbrߊ y7Ï9ºsŒ `yJÏ9 âä!$t±o 4 `tBur õ8ÎŽô³ç «!$$Î/ Ïs)sù #uŽtIøù$# $¸JøOÎ) $¸JŠÏàtã ÇÍÑÈ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.(Surah Annisa:48)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Sesungguhnya Syurga itu benar dan sgt indah dan neraka itu adalah sangat azab, dipenuhi kesengsaraan, berusahalah kita untuk tingkatkan keimanan kepada Allah.

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....