Monday, August 23, 2010

Posted by jinson on 8:02 PM

Solat fardhu merupakan kewajipan kita sebagai umat islam. Solat fardhu juga merupakan rukun islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap org muslim. Solat fardhu teridiri daripada Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, iaitu 5 waktu setiap hari. Ini adalah kewajipan dan bukanlah satu perkara sunat yang boleh dipilih sama ada untuk tunaikannya atau tidak.

Solat tarawih pula adalah solat yang dilakukan pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.ia merupakah ibadah sunat muaakat. Ibadah terawih dilakukan selepas menunauiakn solat isyak dan di akhiri dengan solat witir.

Di dalam islam.. solat fardhu adalah solat yang lebih penting berbanding terawih.. kita perlulah memahami yang mana ibadah peting n yang lebih penting. Hal ini kerana, apa yg dilihat situasi masyarakat kini. Apabila tiba bulan ramadhan ramai kaum hawa mula member telekung baru untuk sembahyang terawih. Pada bulan ramadhanlah manusia mula memenuhi ruang2 masjid dan surau2 dengan org2 lelaki dewasa, wanita dan kanak2. Akan tetapi bagi ibadah fardhu yang wajib tidak pula mereka sedemikian. Bahkan apa yg kita lihat masjid kini hanya sebagai perhiasan tanpa jemaah yang memenuhinya. Perkara sebegini seharusnya tidaklah terjadi.

Terdapat juga yang hadis semata2 utk solat terawih. Isyak dan maghribnya hanya di rumah.

“Barangsiapa solat Isya’ berjemaah, (dia) seolah-olah BERSOLAT SEPARUH MALAM. Dan barangsiapa (selepas itu) solat Subuh berjemaah (pula), (dia) seolah-olah BERSOLAT SEPANJANG MALAM.”
(Muslim, Ahmad dll)

“Barangsiapa yang solat Isya’ dan Subuh berjemaah, itu seolah-olah SOLAT SEPANJANG MALAM.”
(Ahmad, Abu Daud dll)

Contoh situasi yang terjadi:

Ali biasanya sengaja tidak datang solat fardhu Isya’ berjemaah tapi istiqamah datang solat tarawih berjemaah. Ahmad pula memang rajin datang solat fardhu Isya’ berjemaah, tapi biasanya selepas itu terus pulang tanpa bertarawih berjemaah.

Situasi yang biasa kita lihat, orang tidak kata apa-apa dengan perlakuan Ali tetapi orang memandang agak serong kepada Ahmad. Padahal antara dua perlakuan ini, Ahmad yang benar.

Hidup Mati Ku Hanya Untuk Mu....